🌸🌸🌸Coretan Asal Ibu Adam sebelum Adam mengalami Sakit Kulit Kronik🌸🌸🌸🌸
Pada 2/11/2018 jam 8.00p.m sy bwk adam ke klinik kesihatan pandamaran utk mendapatkan rawatan.sy bwk adam ke kk kerana adam mengalami biji2 gatal pada leher,pelipatan tangan dan kaki..doc d kk memberi adam antibiotik cloxacilla dgn dberi sukatan sebanyak 8ml 4x sehari..selepas 3 hari mendapat rawatan d kk keadan bdn adam menjadi semakin terok,muka dan seluruh bdn adam d penuhi ruam selepas beberape hari kulit adam mula mengering dan menggelupas kulit nya mula gugur.
Melihat keadaan adam yg sentiase mengaru sy bwk pula adam ke poliklinik pa damaran ..doc hanye memberi ubt mkn tahan gatal dan ubat sapu calamine..keadaan adam tetap same.sy iktiar pula bawa adam ke klinik pakar kulit dan laser d bukit tinggi klang..selama 3minggu berturut turut sy berulang alik ke klinik pakar kulit keadaan adam tetap same..doc d klinik pakar kulit hnye memberi adam ubat tahan gatal n minyak utk sapu sebgai pelembab..doc pakar kulit tu juga mengcadangkan kami membeli mesin mematikan hama yg d jual d kliniknye bernilai rm250..kerana katanya mungkin juga adam alah pd hama ..melihat tiada perubahan pd adam ade yg mengcadangkan kami membawa adam mendapatkan rawatan perubatan cina..di sini juga kami bwk adam setiap minggu selama 3minggu tetapi tetap tiada perubahan..dan akhir sekali pd awal bln feb kami terpakse bwa adam ke hospital klang..Adam di tahan selama 4 ari d dlm wad pengasinggan..semasa di dlm wad doc hanya memberi adam ubat tahan gatal betamehasone krim n krim aqua sebagai pelembab selama 2 hari hanya itu sahaja rawatan yg d beri pada adam.masuk hari ke3 d hsptl doc menukar kan krim aqua kepada vasellin bg melembabkan kulit adam..melihat keadaan adam sudah berkurangan pd hari ke4 adam d benarkan keluar dr hsptl..semasa awal adam d masukkan ke hsptl sy ade memberitahu keadaan adam selepas mkn antibiotik yg d beri oleh doc kk..dan doc d hsptl menafikan adam alergik pd antibiotik tersebut tetapi doc hsptl ade memberi tahu sekiranya keadaan adam berulang terok sekiranya adam ade mengambil antibiotik n cloxacilla lg baru pihak hsptl akan mengeluarkan kad alergik pd adam..dan adam d beri kad temujanji utk teruskan rawatan pakar kulit hspital setiap 2minggu...selama menerima rawatan dgn doc pakar kulit hsptl doc membekalkan adam ubt mkn tahan gatal,betamehasone n krim QV...kulit adam walaupon nmpak licin tetapi adam sentiase tidak selesa dan sentiase mengaru tidor adam juga tergangu.adam hanye tdo beberapa jam sahaja setiap hari.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog saya. Semoga hari ini membawa berkat dan rezeki yang melimpah luas kepada semua pada musim Pandemik yang nampak seperti tiada penghujung di masa terdekat ini. Tahun 2021 kini berada di ambang kesimpulan, dan tahun 2022 penuh misteri dan kita tidak dapat lagi berpandangan jauh atau merangka satu pelan kerana terasa hanya Allah yang tahu perjalanan kisah kehidupan manusia pada tahun depan nanti. Apabila saya sedang memikirkan kembali pencapaian Luqman Herbs Centre untuk tahun ini, maka terbukalah hati dan jari jemari saya untuk menaip Blog ini tentang Kisah Si Adam bekas pesakit Ekzema dan Allergic Chronic yang telah mengambil rawatan dari bulan 6 tahun 2019 hingga bulan 4 tahun 2020. Ya, Kisah Adam yang berusia 6 tahun pada masa itu.
Kanak-kanak seperti Adam banyak di luar sana. Ibu Bapa juga mengambil segala macam usaha untuk memperbaiki kesihatan anak-anak kecil mereka apabila sakit menimpa. Namun begitu, bukan semua kisah anak-anak tersebut semakin baik, ada yang menjadi lagi kronik dan ibu bapa berputus asa begitu sahaja. Ibu Bapa mana yang tidak sayangkan anak? Marah-marah seteruk mana pun, masih dilindungi anak-anak demi kesejahteraan hidup dan masa depan mereka.
Ekzema tidak berjangkit. Ekzema juga sering terjadi pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis. Bayi atau kanak-kanak sering melalui keadaan radang pada kulit yang akan mengakibatkan bengkak, gatal, dan ruam merah yang kadang-kadang nampak seperti kulit melecur. Luka-luka yang seakan melecur ini pula akan berair dan akibatkan kegatalan yang teramat. Dapatkah anda bayangkan jika semua ini berlaku pada Adam yang berusia hanya 6 tahun?
Seluruh badan Adam termasuk muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut Adam menjadi berkerak, kering sehingga rekah dan berdarah kerana digaru tanpa henti akibatan kegatalan melampau.
Gambar ini menunjukkan keadaan Kulit Adam pada awal dia jumpa saya di Luqman Herbs Centre
Gambar 1 Keadaan Kulit Adam pada 28 MEI 2019. Kulit kepala terlalu kering dan berkerak. Kemerah-merahan di seluruh badan akibat Ekzema kronik. Kegatalan juga telah menjadi faktor utama kulit rekah dan berdarah kerana Adam sering garu tanpa sedar dalam tidur.
|
Adam sering menggunakan Minyak Neem pada permukaan kulit yang kering. Kadang-kala juga disertakan dengan penggunaan minyak zaitun. Ini telah membantu melembabkan kulit Adam dalam proses pemulihan. Selain itu, terdapat juga pantang-pantang makanan yang dijaga supaya penyakit Adam pulih dengan efektif dan cepat.
Contohnya Senarai Pantang ini adalah untuk mengurangkan rasa gatal yang melampau
1. Ayam
2. Ikan Masin, Bilis, Cencaluk, Budu, Perkasam
3. Terung
4. Bendi
|
Keadaan kulit Adam sentiasa basah dan gatal akibatan daripada alahan yang berlaku akibat steroid withdrawal yang berlebihan.
Gambar 4 |
Keadaan Siku Adam pada 7 June 2019 yang menjadi berbiji-biji dan gatal tidak selesa.
8 JUNE 2019
Gambar 5 |
12 JUNE 2019
Gambar 6 |
14 JUNE 2019
Gambar 7 |
Gambar 8 |
Gambar 9 |
18 JUNE 2019
Gambar 10 |
24 JAN 2020
14 MAC 2020
29 APRIL 2020
Gambar 11 |
Soalan yang sering ditanya oleh Ibu Bapa kepada Kami di Luqman Herbs Centre.
1. Pesakit kena pantang
Bagaimana Cara Ibu Bapa boleh Menolong anak mereka yang ada masalah kulit?
-Penggunaan krim pelembab tanpa bau-bauan.
-Penggunaan Minyak Zaitun sebagai Pelembab.
-Penggunaan Minyak Neem sebagai Pelembab. (Boleh didapati di Luqman Herbs)
-Penggunaan Minyak Kelapa Dara pada kulit Ekzema sangat mengeringkan dan naikkan gatal.
-Elakkan pakaian ketat pada anak.
-Elakkan mandian air sejuk. Sebaiknya Suam.
-Wajib mandi setiap hari sekurang-kurangnya sehari sekali.
- Elakkan penggunaan fabrik kain yang kasar dan tidak selesa.
- Penggunaan sabun Ayurveda apabila mandi. (Boleh didapati di Luqman Herbs)
- Elakkan memberikan makanan yang boleh akibatkan kegatalan yang berlebihan.
Kami dari Luqman Herbs Centre merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Suhanal (Ibu Adam dan Seller Mee Jawa Nurin) kerana telah menjadi semangat kepada anaknya untuk pulih. Selain itu, kerjasama ibu dan ayah Adam juga telah membuka mata ramai ibu bapa bahawa penyakit kulit kanak-kanak boleh dirawat dengan berkesan dengan kaedah rawatan Herba Ayurveda dan Homeopati Luqman Herbs Centre tanpa sebarang kesan sampingan.
LUQMAN HERBS CENNTRE ADALAH PUSAT RAWATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARIPusat kesihatan kami terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. |
DISCLAIMER "Tempoh rawatan minima setiap pesakit adalah minima 6 bulan. Tahap keberkesanan rawatan terhadap pesakit dapat dilihat dalam tempoh ini. Pesakit wajib mendapatkan Nasihat Pakar di Hospital Kerajaan atau swasta sebelum mengambil keputusan untuk mencuba rawatan tradisional dan komplementari untuk mengelakkan masalah kesihatan lain yang memerlukan intervensi segera. Selain daripada itu, pesakit yang ingin dapatkan rawatan WAJIB menjalani ujian Fungsi Buah Pinggang dan Hati (Liver Function Test) di luar untuk rujukan dan pengetahuan pesakit itu sendiri berkaitan kesihatan organ dalaman terkini sebelum ambil rawatan Tradisional." |