Kisah Syafiqa: Psoriasis, Semangat “Pitta” & Pemulihan di Luqman Herbs Centre
Syafiqa bukan sekadar bekas pesakit Psoriasis – dia juga pernah menjadi PA saya semasa kami membuka Pusat Rawatan di Cyberjaya selama hampir setahun. Saya masih ingat pertemuan pertama kami di Luqman Herbs Centre. Syafiqa adalah seorang individu dengan semangat 'Pitta' – dalam Ayurveda, “Pitta” bermaksud api. Kalau anda tengok Instagram dia, memang aktif berzumba setiap minggu!

Sebelum datang ke LHC, beliau pernah mendapatkan rawatan perubatan Cina yang menelan belanja hampir RM2000 sebulan. Ubat itu perlu diambil berterusan. Tapi selepas berhenti sekejap, flare-up yang dialami jadi lebih teruk dari sebelumnya.
Ketika itulah Syafiqa menemui video NDoc Luqman yang menjelaskan tentang kehadiran steroid dalam “ubat alternatif”. Dari situ, dia buat keputusan untuk tukar haluan dan mencuba rawatan di Luqman Herbs Centre.

Pada 22 Disember 2018, Syafiqa datang semula melawat saya dan NDoc Luqman. Katanya rawatan Psoriasis di Luqman Herbs Centre telah berjaya pulihkan beliau sepenuhnya. Kami berbincang panjang – dari isu produk timbang kilo yang mengelirukan, hingga ke skeptik dalam kalangan "keyboard warriors".

Syafiqa juga menegaskan – dalam dunia alternatif, rawatan sebenar bukan hanya placebo. Ia berasaskan ilmu, pengalaman dan kesungguhan membantu pesakit tanpa bergantung kepada dadah kimia jangka panjang.

"Macam-macam la orang cakap, Sudha…" – itulah reaksi Syafiqa. Tapi yang penting, beliau dah bebas dari Psoriasis secara semulajadi. Dan kami di LHC bersyukur menjadi sebahagian daripada perjalanan pemulihan beliau.
🌿 Ingin keluar dari belenggu Psoriasis secara semulajadi?
Dapatkan konsultasi dan rawatan di Luqman Herbs Centre.
WhatsApp Suha SekarangLaman Web Rasmi
Ditulis oleh: Suha Seri Luqman
10.00 malam – 22 Disember 2018 (Jumaat)
0 Comments