Anal fistula adalah penyakit di bahagian tempat pembuangan air besar di mana terbentuknya saluran di antara hujung usus besar dan juga kulit di sekitar dubur. Keadaan ini menyebabkan berlakunya infeksi yang akhirnya menjadi bengkak berisi nanah di bahagian "Anus".
Apabila kondisi ini tidak diendahkan, maka bengkak berisi nanah ini boleh bengkak sampai pecah dan menjadi luka yang teramat sakit. Ada kalanya, nanah ini akan cuba untuk disingkirkan namun akan membentuk saluran seperti terowong di bawah kulit hingga anus. Inilah yang dipanggil anal fistula.
Keberangkalian kami di Luqman Herbs Centre berjumpa pesakit lelaki adalah lebih ramai jika dibandingkan dengan pesakit wanita untuk masalah ini. Ramai di antara mereka yang segan hingga hilang keyakinan diri kerana ramai di antara ahli keluarga mereka sendiri tidak mempunyai kesedaran tentang masalah ini.
Anal fistula bukanlah semudah masalah buasir atau sembelit. Luka yang terhasil di permukaan Anus boleh akibatkan kulit melecet ketika membuang air besar dan kesakitan yang ditanggung adalah teramat.
Walaupun dalam perubatan moden, secara spesifik tidak dapat dikatakan punca penyakit ini secara terperinci, namun golongan daripada senarai di bawah haruslah berhati-hati:-
1. Kencing Manis
2. Pesakit TB
3. Pesakit Anal Fissure
4. Anal Injuries
5. Pesakit yang pernah melalui pembedahan buasir
6. Lain-lain
Dari segi gejala-gejala yang pesakit anal fistula hadapi adalah
1. Sakit di bahagian Anus
2. Gatal di bahagian Anus
3. Berdarah ketika membuang air besar
4 Masalah sembelit
5. Fobia/Takut hendak membuang air besar
6. Iritasi dan radang kulit Anus
7. Bernanah dan berbau tidak molek di sekitar bahagian Anus
8. Demam dan penat lesu
9. Tidak dapat kawal najis air besar.
10. Lain-Lain
Cara mencegah penyakit anal fistula
Rawatan Ayurveda dan Homeopati untuk Masalah Anal Fistula
Apabila penyakit ini diteliti daripada sudut Ayurveda, ia adalah akibat kepincangan lebih satu unsur badan iaitu Vatta, Pitta dan Kabha. Anal fistula dinamakan Bhagandra dalam bahasa sanskrit dan boleh dirawat sepenuhnya.
Rawatan yang disediakan di Luqman Herbs Centre adalah untuk tiga bulan dan pesakit akan melalui konsultasi dan pemeriksaan berkala dalam tempoh rawatan. Kami akan merawat kepincangan Unsur badan dan juga disertakan dengan rawatan Homeopati yang tepat untuk merapat Vital force badan pesakit. Selain itu, amalan diet pemakanan juga akan ditanya untuk menyingkirkan makanan yang boleh akibatkan pesakit lambat pulih.