Rawatan Tulang Belakang Naturopati (Perawat Wanita Sahaja)


Luqman Herbs Centre bukan sahaja merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan kulit, tetapi masalah tulang belakang juga. Rawatan tulang belakang di Luqman Herbs Centre menggunakan kaedah rawatan alami iaitu pembetulan titik-titik tenaga di bahagian tulang belakang dengan cara sapuan minyak dan juga pengambilan herba-herba terpilih untuk menguatkan badan. 

  Tempoh rawatan Tulang Belakang Di Luqman Herbs Centre mengambil masa 3 bulan dan rawatan akan dijalankan secara konsisten. Setiap pakej rawatan disertakan dengan 16 kali sesi urutan dan herba-herba terpilih untuk 3 bulan. Pesakit tulang belakang akan nampak dan merasai perubahan pada badan sekurang-kurangnya dalam 3 atau 4 sesi, namun pesakit adalah diwajibkan untuk habiskan 16 kali urutan minyak.

 Terdapat banyak jenis masalah berkaitan dengan tulang belakang. Keadaan posisi tulang belakang banyak mempengaruhi kesihatan badan secara umumnya. Adakala pesakit merasa tidak sihat walaupun pemeriksaan kesihatannya menunjukkan tiada masalah serius. Ini adalah kerana kedudukan tulang belakang yang tidak normal akan menjadikan pergerakan tenaga dalam urat saraf juga menjadi tidak normal dan ini boleh mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang itu.

Walaupun hanya masalah tulang belakang, pesakit akan merasa kebas pada kaki atau tangan dan badan akan merasa lemah untuk melakukan kerja-kerja harian.

Berikut adalah masalah tulang belakang yang dirawat di pusat rawatan kami:-

1. Slipped disc atau cakera beralih dari kedudukan asal

2. Spondylisis iaitu kemampatan cakera pada leher

3. Scoliosis iaitu keadaan tulang belakang yang abnormal 

  Scoliosis ialah di mana tulang belakang membengkok ke kanan, ke kiri atau berpusing (berbentuk 'S' atau 'C'). Scoliosis jika tidak dirawat dengan kaedah rawatan yang betul akan menyebabkan tulang belakang yang makin membengkok menghimpit organ-organ penting iaitu paru-paru dan jantung. Ini akan menyebabkan pengidap Scoliosis akan mengalami kesukaran untuk bernafas, sakit saraf dan sebagainya.

  Kami boleh merawat masalah sakit tulang belakang dengan membuat rawatan OILING pada bahagian tersebut. Walaupun rawatan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan untuk menampakkan keberkesanannya tetapi pengalaman telah membuktikan bahawa rawatan ini benar-benar berkesan memulihkan masalah tulang belakang pesakit yang datang mendapatkan rawatan dengan syarat pesakit mematuhi nasihat yang diberikan sepanjang menjalani rawatan dan selepas rawatan dengan kami.

  Caj dan tempoh rawatan akan ditentukan berdasarkan keseriusan masalah pada tulang belakang tersebut ( Slipped Disc / Spondylisis / Scoliosis ). Caj rawatan merangkumi bekalan herba untuk dimakan dan kekerapan sesi oiling perlu dijalani.
Maklumat lanjut tentang rawatan tulang belakang, anda diminta whatsapp terus ke nombor 0102465160 atau KLIK DI SINI




Post a Comment

Previous Post Next Post