"Ms. Suha, saya nak diet yang complete 100% untuk jaga diri saya untuk sembuh cepat! Boleh Cik Suha senaraikan semua list makanan yang Tak Boleh Makan?"
"Ms. Suha, boleh tak saya makan oat je setiap hari?"
"Ms Suha, boleh tak kalau saya banyakkan supplement supaya cepat sembuh?"
"Ms.Suha, boleh tak saya makan rumput beijing atau minum rumpuit beijing untuk psoriasis ?"
"Ms Suha, kalau setiap hari makan bubur atau buah sahaja boleh ke?"
"Ms Suha, Boleh tak......"
"Ms Suha, Boleh....."
"Ms Suha!...."
Sebenarnya Saya sebagai Cik Suha dari Luqman Herbs Centre , Bandar Baru Bangi sudah biasa dengan minima 10000 soalan seumpama ini setiap tahun. Oleh itu, saya buat keputusan untuk menerangkan konsep makanan dan diet yang seimbang di mana anda mungkin tidak perlukan langsung untuk membeli apa-apa supplemen dari Farmasi jika anda mempunyai diet yang sihat dan seimbang.
Diet yang seimbang dan SIHAT adalah MAHAL. Ya, adalah kebodohan jika seseorang mengatakan makanan sihat adalah murah. Di bawah ini, saya akan senaraikan sayuran dan buah-buahan yang patut menjadi makanan pesakit Psoriasis setiap hari. Namun senarai di bawah mungkin jarang digunakan mahupun dibeli kerana nilai harga yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan pola sayuran atau buahan yang sering dibeli di Malaysia.
Buah-Buahan Yang patut dimakan dalam kuantiti yang sesuai dan pada masa yang betul
1. Dragon Fruit Merah
2. Watermelon Merah
3. Pisang
4. Betik
5. HoneyMelon
6. RockMelon
7. Laici
8. Avacado
9. BlueBerry
10. Rasberry
11. Strawberry
12. Mulberry
13. Kiwi
14. Grapes
15. Buah Tin
16. Kurma
17.Lemon
18. Orange
19. APRICOT
Di sini, Suha sudah senaraikan jenis buah-buahan yang patut dan boleh dimakan oleh pesakit Psoriasis. Oleh itu, jangan ajukan soalan tentang apa yang tidak boleh anda makan. Fokus untuk pulih haruslah bermentaliti "Apakah yang patut saya lakukan untuk lebih sihat ? Apakah yang patut saya makan dan patut saya buat setiap hari?" dan bukannya menanyakan soalan-soalan yang tidak membawa anda dan saya ke mana-mana kerana saya dan anda yang membaca pun tahu bahawa anda jarang laksanakan apa yang saya memberitahu. Namun kini saya tahu, anda akan insaf dan membuka langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat. #sayatakmarahpun
1.Brokoli
2. Ubi Bit
3. Carrot
4. Green Leafy Vegetables
5. Caulilower
6. Sweet Potatoes
7. Radish
8. Sweet Corn
9. Green Peas
10. Taugeh
11. Bitter Gourd
12. Ginger
13. Onion
14. Shitake Mushrooms
15. Bayam
16. Selasih
17. Daun Peria
18. Kailan
19. Kubis Bulat/Cina
20. Pegaga
21. Saderi
22. Pak Choy
23. Sawi Bunga
24. Daun Ketumbar
25. Daun Kari
26. Daun/ Batang Moringga
27. Lengkuas
28. Halia
29. Bawang Putih
30. Daun Kuchai
31. Asparagus
32. Lobak Hijau
33. Ubi Segkuang
34. Serai
35. Ubi Teratai
36. Ubi kayu
37. Ubi keladi
38. Water Chestnut
39. Kacang botol
40. Lobak Putih
Tags
Psoriasis