10 Kesan Teruk Akibat Steroid Yang Berlebihan!




Penggunaan steroid untuk penyakit yang ramai hidapi seperti sakit kulit psoriasis, ekzema dan lain-lain memang sangat senang dan mudah diperolehi dengan harga yang boleh ditampung oleh pesakit.
Selain itu, ramai "bodybuilders" turut menyalah-gunakan steroid untuk tujuan tertentu. Ya, memang seronok sangat apabila dapat "result" yang "immediate" tanpa perlu usaha yang banyak, namun tahukah anda ini akan akibatkan ada "Udang di sebalik Batu"? Saya berharap selepas baca blog saya hari ini, sila fikir 100 kali sebelum gunakan bahan kimia ikut suka hati.

Steroid merupakan bahan sintetik yang berkaitan dengan hormon seks iaitu testosterone yang digunakan secara berleluasa untuk memiliki otot yang tegap dan perkembangan sifat kelakian. Namun begitu, apabila digunakan dengan kaedah yang tidak betul, ini akan akibatkan kesan-kesan yang serius, berjangka masa panjang dan akhirnya membawa kumudaratan kepada kesihatan seseorang itu.

Di bawah merupakan 10 senarai keburukkan menggunakan Steroid secara berlebihan :


1. Steroid menganggu pengeluaran hormon semula jadi manusia. Ini merupakan Kesan sampingan yang paling umum. 

2. Menurunkan HDL(high density lipoprotein) kolesterol yang merupakan 'good cholesterol' dan menaikkan LDL (low density lipoprotein).  HDL berfungsi untuk melindungi arteri badan dengan membawa kolesterol yang tidak terpakai ke hati untuk diuraikan. LDL pula melakukan sebaliknya.


3.Penggunaan steroid diketahui menyebabkan kerosakan kepada hati. Kesan steroid pada hati telah dikaji secara meluas dan pelbagai ujian klinikal telah didokumenkan yang menunjukkan bahawa penggunaan steroid boleh menyebabkan penurunan fungsi ekskresi hepatik. Tambahan pula, ujian klinikal juga telah diperhatikan seperti berikut: jaundis, gatal, kolestasis intra hati dan peliosis hepatik.

4. Steroid mampu menyebabkan masalah jantung yang diakibatkan oleh kesan ke atas Lipid darah.

5.  Buah dada di kalangan lelaki atau "Man breasts" merupakan kesan sampingan steroid yang menjadi ketakutan ramai pembina badan.

6.  Steroid mampu merosakkan buah pinggang. Oleh kerana buah pinggang menjalankan tugas utama di badan dalam sistem pembuangan dan penyingkiran, maka organ ini digunakan secara agresif apabila bertemu pula dengan bahan asing steroid sintetik dalam kuantiti yang banyak dalam darah.

7. Penggunaan steroid banyak diketahui menyebabkan "maskulinisasi" pada wanita. Kesan sampingan steroid yang digunakan untuk wanita adalah perkembangan watak lelaki, yang mungkin termasuk pertumbuhan rambut muka dan badan yang berlebihan, suara yang lebih dalam, pertumbuhan alat kelamin luaran dan sebagainya.

8. Steroid juga boleh menjejaskan sistem imun badan. Beberapa laporan menunjukkan bahawa analog dan testosteron tertentu mungkin menjadi imunosupresif atau imunostimulasi. Walau bagaimanapun, tiada rekod eksperimen sebenar untuk mengesahkan ini.

9. Penggunaan steroid paling banyak diikuti oleh peningkatan agresif, mania, psikosis dan keganasan. Ia juga boleh menyebabkan keinginan seksual yang tidak pernah puas. Walaupun, peningkatan agresif mungkin sangat membantu bagi mereka yang menjadi atletik pelatih, tetapi boleh menyebabkan keganasan tepat di luar lapangan trek atau gym

10.  Kemandulan merupakan salah satu kesan yang buruk daripada penggunaan steroid yang salah. Ini mampu menurunkan keberangkalian lelaki mahupun perempuan untuk melahirkan generasi yang akan datang.


Kesemua isi-isi adalah berdasarkan kajian-kajian yang sangat popular dan boleh dipercayai. Kenali ubat-ubatan anda sebelum masukkan ke sistem badan anda. Badan kita adalah amanah daripada pencipta maka ambil berat akan kewajipan untuk menjaga badan kita dengan kaedah yang alami, selamat dan suci.


Ingin membaca kajian-kajian tersebut? Klik Link Di bawah

1. Drug Abuse of Steroids




0 Comments