"Psoriasis dianggarkan dihidapi oleh 2% populasi penduduk dunia. Di Malaysia, seramai 8,039 orang telah dilaporkan menghidapi penyakit ini. Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang. Psoriasis terjadi kerana gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu 2 hingga 3 hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa. Proses ini menyebabkan sel-sel ini bergerak ke atas kulit dengan cepat yang menjadikan kulit muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik-sisik ‘keperak-perakan’ yang tebal dipermukaan kulit. Selain daripada kulit tubuh dan anggota badan, penyakit ini juga boleh melibatkan kulit kepala dan kuku. Selain itu, saluran darah dibawah kulit juga menjadi lebih lebar lalu meningkatkan aliran darah. Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok merah dan kulit mudah berdarah."
Jenis-Jenis Ubat Psoriasis Dalam Rawatan Moden di Hospital Kerajaan dan Klinik Swasta
Ubat topikal
- Emolien (pelembap)
- Tar
- Syampu polytar
- Ung. Cocois co
- Mandian coal tar 20%
- Liquid Picis Carbonis (LPC)
- Analog Vitamin D3
- Dithranol (anthralin)
- Keratolitik (salicylic acid)
- Steroid
Rawatan sistemik
- Acitretin (retinoid)
- Methotrexate (MTX)
- Ciclosporin
Rawatan Biologik
Rawatan biologik adalah seperti Adalimumab Etanercept, Infliximab atau Ustekinumab. Rawatan biologik hanya digunakan apabila kesemua ubat topikal, fototerapi atau rawatan sistemik tidak menunjukkan respon yang baik.
Anda sudah penat dengan semua yang di atas dan ingin mencari rawatan sokongan atau rawatan tradisional?
Psoriasis telah dikenali sebagai penyakit "Kalanja Padai" dalam perubatan India Klasik dan merupakan masalah yang timbul akibat kepincangan unsur api iaitu "pitta" dalam badan. Terlebihnya unsur api dalam badan akan akibatkan kerekahan pada permukaan kulit yang nampak seakan-akan terbakar dan merekah sampai berdarah. Secara umumnya, seramai 3 % daripada keseluruhan populasi Malaysia mmpunyai masalah kesihatan Psoriasis ini termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun permukaan kulit pesakit nampak kronik namun penyakit ini Tidak Berjangkit kepada orang lain.
Baca Artikel Berkaitan Di Sini : https://suhaseriluqman.blogspot.com/2019/03/rawat-sakit-kulit-psoriasis-dan-sakit.html
test
ReplyDelete