Putera Charles Sembuh Covid-19 dengan Rawatan Ayurveda dan Homeopati


Menteri Kesatuan Negara Untuk Ayush Shripad Naik dalam satu tuntutan yang mengejutkan pada hari Khamis telah mengatakan bahawa Pakar Alami Resort Kesihatan yang diasaskan di Bengaluru telah menyembuhkan Putera Charles, pewaris takhta British daripada jangkitan Coronavirus dengan menggunakan pendekatan Ayurveda dan Homeopati.


  Naik berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di kediamannya yang terletak berhampiran Panaji dan juga telah hubungi Deccan Herald seterusnya melalui telefon, bahawa seorang doctor holistic iaitu Dr. Mathai yang menguruskan Pusat Rawatan/Resort SOUKYA, sebuah pusat penjagaan kesihatan holistik, di Bengaluru telah memaklumkan kepadanya tentang merawat Putera Charles daripada jangkitan COVID-19 menggunakan kaedah rawatan tradisional dan komplementari hingga sembuh.



"Saya akan memberi contoh kepada anda, saya mendapat panggilan daripada Dr. Mathai, yang mengendalikan sebuah resort Soukhya Ayurvedic di Bengaluru bahawa Putera Charles yang menderita coronavirus telah hubungi beliau dan berkata kepada beliau bahawa rawatan yang diberikan melalui kaedah Ayurveda dan homeopati telah berjaya menyembuhkannya.

Putera Charles telah didiagnos dengan koronavirus bulan lepas dan telah dikuarantin sejak itu. Dr. Mathai's Soukya, menurut laman web rasmi resort adalah ladang organik seluas 30 hektar yang mengembalikan keseimbangan semula jadi tubuh badan secara alami dan holistic.
Bengaluru specialist cured Prince Charles of COVID-19: 


Ayush Minister | Deccan Herald




0 Comments