Pertembungan Antara Rawatan Alternatif Dan Moden


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini selepas berlakunya satu insiden baru-baru ini di mana anak seorang pesakit yang menerima rawatan dan telah pulih tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya telah dipulihkan dengan kaedah rawatan Ayurveda, sedangkan anak pesakit itu merupakan seorang doktor perubatan barat gagal merawat ibunya selama hampir 10 tahun ibunya sakit. Kejadian ini telah banyak kali terjadi dalam tempoh 20 tahun saya merawat pesakit. Ingin saya berkongsi perasaan dan rasa pelik saya pada orang-orang seperti ini dan juga buat pembaca untuk mengetahui peranan rawatan alternatif dalam kehidupan kita.

1. Penyakit dan kesembuhan adalah dari Allah semata mata.
Siapa cakap penyakit boleh disembuhkan hanya dengan kaedah perubatan Barat atau Ayurveda sahaja? Pendapat ini tidak betul malah terkeluar dari akidah orang Islam umumnya yang yakin bahawa penyakit atau penyembuhnya ialah dari Allah s.w.t semata-mata dan kita sebagai manusia mempunyai akal dan pemikiran untuk melakukan atau berusaha untuk merawat sesuatu masalah kesihatan. Contohnya kalau terpotong tangan atau terluka, kita perlu menyapu ubat. Kalau cara moden dengan menggunakan antiseptik dan kalau secara tradisional, minyak gamat contohnya untuk merawat luka tersebut. Walaupun bahan yang digunakan itu berbeza tapi tujuannya adalah sama tetapi kesembuhan luka itu datang dari Allah semata mata bukan antiseptik atau gamat. Sains barat tidak menerima fakta ini kerana bagi mereka gamat tidak mungkin boleh menyembuhkan luka tersebut; hanya antiseptik sahaja boleh melakukannya....betul ke? Fikir-fikirkanlah...

2. Allah menciptakan ubat untuk setiap penyakit kecuali usia tua dan kematian.
Dalam hadis riwayat Muslim dari Jabir;
"Setiap penyakit itu ada obatnya, jika suatu obat itu tepat ( serasi / manjur) untuk sesesuatu penyakit, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah S.W.T."
Dari hadis di atas telah jelas kepada orang Islam dan manusia secara amnya bahawa sesuatu penyakit itu akan sembuh dengan dua cara iaitu kaedah rawatan yang serasi dengan pesakit dan izin Allah S.W.T 

3. Tidak semua boleh dibuktikan dengan kaedah sains
Sains tidak mempercayai kewujudan Tuhan tapi mempercayai bahawa dunia diciptakan dari satu letupan (big bang) dan seterusnya semua terjadi secara kebetulan. Pelikkan? Walaupun semua ini hanya teori sahaja, pelajar sains mempercayainya secara bulat-bulat .
Lihat sahaja pertumbuhan hospital canggih dan pusat rawatan moden yang semakin berkembang bak cendawan termasuk pusat dialysis yang kini telah wujud di hampir semua taman perumahan. Jika sains menyumbang kepada kebaikan kesihatan tentulah manusia menjadi lebih sihat tetapi sebaliknya berlaku. Lebih banyak hospital dan industri penjagaan kesihatan yang hanya merawat tanpa menyembuhkan sesuatu penyakit terus berkembang maju.

4. Kajian sains yang terus menerus mengkaji tanpa penyudahan...
Kalau sudah menemui penawar untuk sesuatu penyakit mengapa perlu mengkaji lagi sehingga tidak sudah sudah? Maksudnya masih wujud kekurangan dan rawatan yang diberikan tidak berkesan dalam menangani masalah kesihatan...

5. Semua manusia makan herba..
Pelikkan bila pengamal perubatan moden menyatakan tidak boleh makan herba sebab tidak berkesan atau memberi kesan sampingan (side effect). Sebenarnya ubat-ubat moden pun yang memberi kesan sampingan yang negatif!!! Tidak dinafikan terdapat tumbuh-tumbuhan yang memberi kesan bisa dan sebagainya tetapi mana mungkin pengamal perubatan alternatif akan memberi pesakit mereka makan akar atau tumbuhan yang boleh memudaratkan kecuali pengamal itu tidak ada pengetahuan dalam bidang herba! Selalunya pengamal perubatan moden lupa dia juga makan herba seperti bawang putih, bawang merah, biji sawi, lada hitam atau putih dan sebagainya. Nasi juga herba sebab ianya memberi kesembuhan kepada penyakit lapar... siapa cakap lapar bukan penyakit? Tengok saja negara yang menghadapi kebuluran, sejenis penyakit yang boleh disembuhkan hanya dengan beberapa suap nasi secara berterusan... nasi menjadi ubat!!! Ada kesan sampingan? Memang ada kesan sampingan tetapi kesan sampingan yang positif iaitu badan menjadi lebih sihat. Semua ubat Ayurveda memang telah menjalani ujian masa iaitu selama 5000 tahun dan kalau tidak berkesan tentu ianya telah lama lenyap tetapi Ayurveda terus berkembang pesat bukan saja di India tetapi di seluruh dunia yang kononnya terkenal dengan kehebatan rawatan moden seperti Amerika, Britain, Jerman malah di Saudi Arabia sudah wujud hospital moden yang mempunyai Ayurvedic Department. Kerajaan India juga telah mengiktiraf perubatan Ayurveda dan Homeopathi setaraf dengan perubatan Moden, takkan sebuah kerajaan boleh mengiktiraf suatu perubatan itu kalau ianya tidak berkesan malah terdapat banyak universiti tajaan kerajaan di sana untuk mempelajari Ayurveda dan Homeopathi. Malah di Malaysia, MQA juga telah meluluskan pengajian Ayurveda peringkat izajah cuma belum ada institusi yang mengajar ke tahap itu. MQA juga telah meluluskan rawatan tradisional Melayu, rawatan tradisional Cina dan Homeopathi peringkat diploma dan degree .

6. Faktor sejarah
Sejarah manusia di muka bumi ini katakanlah 7000 tahun.
Sejarah Ayurveda yang dapat dikesan ialah 3000 tahun yakni SEJARAH BERTULIS.
Sejarah perubatan moden selepas sains molekul wujud (1900) yakni teori atom dalton dan sebagainya, tidak mungkin sains molekul wujud sebelum itu katakanlah kita bagi 300 tahun.
Peratus Ayurveda ialah : (3000 / 7000) x 100% = 42.8%
Peratus perubatan moden : (300 / 7000) x 100% = 4.28 %
Renung dan fikirkanlah.... pengalaman Ayurveda dan pengalaman perubatan moden dalam sumbangan kepada sejarah kesihatan manusia.
Vaidya (Dr) Luqman Malik (Phd)
(Pengamal Perubatan AYURVEDA dan Pengasas LUQMAN HERBS CENTRE)

Untuk info lanjut
Layari website rasmi Luqman Herbs Centrehttps://www.luqmanherbscentre.com/

Post a Comment

Previous Post Next Post