Alopecia Erata Mimpi Ngeri Rakyat Malaysia?
“Bagaikan
mimpi ngeri. Astagfirullah…itu sahaja saya dapat ungkapkan. Bayangkan tiba-tiba
saya bangun dari tidur dan baru perasan rambut saya banyak gugur atas katil.
Apabila saya sentuh bahagian kepala saya sambil mencari cari tempat yang “terbotak”,
rupa-rupanya botak licin satu spot di kepala yang sepatutnya ada rambut. Yang
paling saya tak tahan, apabila saya mengusap lembut di bahagian tepi “baldspot”
pun , rambut saya turut seperti tidak melekat lagi pada kulit kepala. Sumpah
saya ingat kena sihir. Pada keesokkan harinya, saya telah menjalani ujian darah
di Klinik Swasta dan mendapati segala ujian adalah normal dan tiada masalah
kesihatan. Doktor Pakar Kulit sahkan saya menghidapi penyakit Aloepecia Erata. Nak
sebut nama penyakit pun tak tahu…nak cari rawatan alternatif pada masa tu
lagilah susah. Alhamdulillah, saya disyorkan Pusat Rawatan Homeopati dan Herba Luqman Herbs Centre oleh rakan setugas saya. ”
– Bekas Pesakit Alopecia Erata, March 2019
Sering kita membaca di dada-dada akhbar dan
media Massa tentang pelbagai jenis masalah rambut yang dihidapi oleh rakyat Malaysia.
Isu ini bukan sahaja berlaku di kalangan wanita malah di kalangan lelaki juga.
Masalah rambut gugur, “tension baldness”, “genetic baldness” adalah istilah
yang kita sudah pun sentiasa dengar. Oleh itu, pusat pusat rawatan moden
mahupun alternatif yang hanya fokus kepada rawatan masalah rambut sahaja
bagaikan “Cendawan tumbuh selepas hujan”, ada di setiap tempat yang kita pergi.
Namun begitu, tahukah wahai pembaca blog suhaseriluqman.blogspot.com, perbezaan
antara Alopecia Erata dengan masalah-masalah rambut yang lain?
Apabila seseorang itu menghidapi penyakit
Alopecia Erata, rambut seseorang itu akan gugur secara tompok. Ada yang
mengatakan bahawa keguguran rambut seperti itu akan menjejaskan kulit kepala
yang terdedah. Adakah ini benar? Sebenarnya
dalam rawatan Ayurveda untuk masalah Alopecia Erata, rambut gugur akibat
kerosakkan yang berlaku pada permukaan kulit kepala yang sepatutnya memegang
rambut tersebut dan bukanlah sebaliknya. Selalunya pesakit akan mengalami
kegatalan pada kulit yang terdedah dan pada tempat lain di kepala yang bakal
terjadi tompok Alopecia Erata tersebut. Alopecia Erata boleh terjadi di semua
bahagia yang mempunyai rambut seperti bulu kening, bulu mata, bulu badan,
janggut, misai dan lain-lain tempat. Dalam konteks ini, walaupun ada juga
pesakit yang mengatakan bahawa rambut mereka tumbuh balik sedikit selepas gugur
dengan banyak, namun selalunya akan gugur juga kerana punca masalah tidak
dirawat dengan kaedah yang betul.
Golongan yang berisiko mendapat Alopecia
Erata? Sesiapa sahaja. Ya, sesiapa sahaja samada lelaki atau perempuan dari
mana-mana peringkat usia, latar belakang etnik, namun sering kali juga berlaku
dari peringkat awal kanak-kanak namun tidak diberi perhatian yang serius. Di
Luqman Herbs Centre, kami sentiasa menerima pesakit dari golongan kanak-kanak, remaja,
dan pemuda-pemudi hampir setiap bulan. Mereka sering didapati mempunyai corak
pemakanan tertentu yang tidak sesuai dengan badan mereka yang kami akan menasihati
untuk ubah. Mengikut statistik kementerian, dikatakan jika seseorang itu
menghidapi Alopecia Erata maka 1 dalam 5 orang pesakit Alopecia akan mengenali
seorang lagi ahli keluarga yang turut menghidapi penyakit tersebut.
 |
Pemuda yang mengalami Alopecia Totallis yang sedang
menjalani rawatan Alopecia Erata |
Apakah Etiologi atau punca terjadinya Alopecia
Erata? Alopecia Erata BUKAN terjadi kerana wujudnya sel-sel Kanser. Berdasarkan
teori perubatan moden, Alopecia akibat daripada
reaksi Auto-imun badan dalam menjadi benteng pertahanan kepada pelbagai jenis musuh badan seperti bakteria,
virus dan lain-lain.Alopecia Erata tidak akan berjangkit kepada orang lain.
Dalam perubatan Ayurveda pula, masalah ini berlaku akibat daripada “Putchi”
yang dikatakan wujud pada bawah kulit kepala. “Putchi” dalam bahasa Tamil
membawa maksud serangga. Pada zaman dulu, masalah ini dianggap sebagai masalah
rambut yang akibat daripada jangkitan sejenis mikrob yang akan makan ubi rambut
(Hair Bulb). Apabila hair buld yang melekatkan rambut pada kulit kepala tiada
atau menjadi kurang, maka gugurlah rambut tersebut. “Putchi” yang dikatakan
menjadi punca kepada penyakit ini boleh merebak ke bahagian lain kepala juga
dan akibatkan kebotakkan. Oleh itu, rawatan yang dilakukan di Luqman herbs
Centre untuk masalah Aloepcia Erata akan menyingkirkan punca kepada penyakit.
 |
Rawatan Alopecia Erata yang dilakukan oleh Perawat. |
Jika anda pesakit Alopecia Erata, sudah
tentunya anda telah pun berjumpa dengan pakar-pakar untuk mendapatkan khidmat
nasihat tentang penyakit Alopecia Erata yang tidak mempunyai rawatan yang
betul-betul berkesan dala perubatan Moden Kimia.Dalam hal ini, anda akan
diberikan suntikkan steroids ataupun krim untuk mengawal penyakit ini. Namun
selalunya, pesakit akan mula mengalami masalah sakit kepala, stress,
insomnia(kurang tidur) dan lain-lain yang berpunca pula daripada rawatan moden
yang diberikan. Ada juga pesakit yang dirujuk kepada pakar kulit untuk
dilakukan “Phototherapy”. Berkesan atau tidak, anda tahu jawapannya.
 |
Rambut Pesakit Alopecia Erata mula tumbuh
selepas 1 minggu rawatan dilakukan. |
Rawatan Aloepcia Erata di Luqman Herbs Centre
adalah Rawatan pertama yang diperkenalkan 25 tahun yang lalu di Balik Puan oleh
Vaidya Selva (Selva Vaidya Salai/ Selva Holistic Centre) yang dikenali ramai
kini dengan namanya yang popular untuk merawat masalah kulit. Ya, beliaulah NDr
Luqman Selva yang merupakan pengasas Luqman Herbs Centre kini. Rawatan Alopecia
yang dilakukan sangat berkesan dan tidak mempunyai kesan buruk kepada kesihatan
kerana bahan-bahan yang digunakan adalah suci dan tidak mempunyai bahan
terlarang.
Tempoh rawatan Pesakit Alopecia Erata dan Alopecia Totallis adalah
selama 1 hingga 3 bulan dari rawatan terakhir dijalankan. Pesakit juga akan
dibekalkan dengan ubat makan dan tonik rambut yang membantu menguatkan akar
rambut supaya penyakit ini tidak berulang di masa depan.
Ditulis Oleh :Ms.Suha Seri Luqman
Naturopathic Therapist

Maklumat lanjut tentang rawatan Alopecia Erata, anda diminta whatsapp terus ke nombor
(Admin :Luqman Herbs Centre)
(Admin : Ms.Sue)
( Admin: Ms.Pqa)
Pusat Rawatan Pula terletak di Bandar Baru Bangi.
Alamat Penuh:
No.29-1, Seksyen 9,
43650.Jalan 9/9C,
Bandar Baru Bangi.
Tel : 03 89280715
0 Comments