KES BULI PENGAMAL TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA 2018


“SETIA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”      
                                   
Oleh :SUDHASHREE A/P AMBUSELVAN

H/P Tel :- 0102465160

  Salam sejahtera YB Dr.Dzulkefly Ahmad.Nama saya Sudhashree A/P Ambuselvan dan berusia 25 tahun. Saya berkelulusan Diploma Penolong Pegawai Perubatan dan telah menyambung belajar dalam bidang perubatan komplementari sehingga pernah dapatkan Proffesional Bachelors in Naturopathic Nutrition dan merupakan pengamal naturopati di Malaysia.

  Yang Berhormat, saya tidak pasti samada YB akan membaca rintihan saya sebagai Pengamal Tradisional dan Komplementari di Malaysia tetapi jika Yang berhormat membaca sehingga ke akhir ayat, Terima Kasih saya ucapkan dari pihak kami di Luqman Herbs Centre.  

  Kami bukan pengamal yang tiba-tiba wujud dalam merawat pesakit tetapi keturunan saya mengamalkan perubatan India klasik selama 500 tahun dalam salasilah keluarga saya sahaja. Perubatan Yang kami amalkan telah "Cure" ramai pesakit kulit yang kronik dan hal ini secara langsung telah mewujudkan ketidakpuasan sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan nama baik pusat rawatan kami.
  "Psoriasis Can Be cured" adalah tagline Luqman Herbs Centre Yang telah diasaskan oleh DrN Luqman Selva Bin Abdullah iaitu ayah saya di Bandar Baru Bangi. Kami telah merawat dan memulihkan pelbagai jenis sakit kulit yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana sistem perubatan yang terkenal di Malaysia. Adakah kami diberikan pengiktirafan atas kejayaan kami?  Ya,  pengiktirafan dari mulut ke mulut,  dari keluarga ke keluarga dan sehinggakan apabila isu ini sampai ke pihak yang "Lebih Tinggi", pengiktirafan berubah menjadi sejenis bentuk" Penindasan".

  Saya akui Yang berhormat bahawa kami hanya setitik perubahan dalam lautan Yang besar,  namun perubahan tetap perubahan. Dalam rangka saya juga akan sertakan salah satu kes psoriasis yang teramat kronik yang kami telah pulihkan sehingga pesakit tersebut yang terlantar telah pun ke kerja dengan izin Tuhan. Nama pesakit tersebut ialah Encik Nurzakwan dari Sungai Besar, Malaysia.

  Yang berhormat mungkin terkejut melihat keadaan kulit beliau Yang "kononnya tidak dapat dirawat " oleh sistem perubatan yang lain tetapi kami di Luqman Herbs Centre telah,  sedang Dan mampu merawat Dan memulihkan keadaan seumpama ini dengan berjaya.  Kami tidak menggunakan apa-apa jenis dadah kerana sistem perubahan kami bersifat "ANTI-DADAH" dan 100% dari alam sahaja. Namun,walaupun kami sangat berpegang pada prinsip rawatan dan disiplin kami,  penindasan kerana kami hanya sekumpulan warga "Tidak Saintifik" maka kami telah disaman oleh Jabatan Farmasi kerana " Memiliki Produk Yang perlu didaftar" iaitu sebotol minyak urut Yang telah dimasak sebelah pagi oleh Dr Luqman untuk kegunaan pesakit sebelah petang.

  DrN Luqman telah masak minyak herba tersebut Dan botolkan untuk tujuan penyimpan sementara pesakit datang ke pusat rawatan untuk mengambilnya tetapi apabila pihak farmasi pula melakukan pemeriksaan, telah menjadi satu kesalahan untuk "menyimpan produk tidak berdaftar".  Kami tidak bersalah kerana minyak tersebut juga tidak mengandungi apa-apa bahan kandungan terlarang seperti kimia. Ayah saya iaitu NDr Luqman telah praktis seni pemulihan ini selama hampir 26 Tahun di Malaysia walaupun telah diberikan tawaran untuk membuka pusat rawatan di luar Negara atas kebolehan beliau kerana selaku anak sulungnya, saya membesar dengan seorang ayah yang Patriotik dan menyayangi negaranya tanpa berbelah bagi.

 Yang Berhormat,  ayah saya iaitu DrN Luqman telah menyumbang kepada pemulihan pesakit psoriasis di Malaysia . Saya amat yakin bahawa satu hari nanti, Luqman Herbs Centre akan menjadi pusat rawatan      Psoriasis yang boleh "Cure" penyakit ini. Kami dilabelkan pelbagai tag oleh sistem perubatan lain kerana mereka TIDAK MAMPU melakukan apa yang kami lakukan setia  hari. Yang Berhormat,  apabila saya taip perenggan ini iaitu pada 24/7/2018 pada pukul 1.24 pagi,  sambungan kes yang tidak masuk akal tentang pemilikan "Produk Perlu Berdaftar" adalah pada 24/7/2018 9.00 pagi di Mahkamah Kajang Dan DrN Luqman perlu membela diri. Apakah daya kami Yang berhormat?

  Yang Berhormat, kami tidak akan Bayar denda kerana kami tidak boleh mendaftar produk. Jika diberitahu caranya, ada juga logiknya tetapi memang tidak mempunyai cara untuk mendaftar produk traditional sebanyak 10-15 botol yang kami memberikan kepada pesakit setiap bulan. Kami diberikan "diskaun" untuk selesaikan tanpa mahkamah namun apa yang penting adalah keadilan Yang Berhormat. Denda yang "dinegotiate" adalah RM1000 namun kami telah menolak tawaran tidak berasas kerana "Kami tidak bersalah" yang berhormat. Kami tidak pernah "Go Against " Kementerian Kesihatan Malaysia kerana Ia merupakan Jabatan kerajaan Dan kami akan sentiasa menghormatinya. Yang berhormat, mengikut undang-undang Malaysia, kami tidak bersalah. Mengikut perkembangan semasa, ini adalah penindasan yang ketara.

  Yang berhormat, kami tidak akan mengalah dan akan sentiasa mempertahankan apa yang benar. NDr Luqman yang merupakan ayah saya memberitahu saya semalam bahawa alangkah baik jika dia dapat berjumpa Yang Berhormat untuk “Highlight” cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pengamal Tradisional di Malaysia selama ini dengan lebih terperinci. Luahan saya ini akan saya simpulkan dengan harapan yang murni supaya cita-cita kami dapat dikecapi dengan keputusan Yang Berhormat. Saya juga akan menghadiri Seminar Perubatan Intergratif yang bakal diadakan di Kubang Kerian nanti pada 14 dan 15 OGOS 2018.

“Setia Berkhidmat untuk Negara”          
                                                               
SUDHASHREE A/P AMBUSELVAN
(Naturopath)
LUQMAN HERBS CENTRE                                                                                                          24/07/2018 2:04 PM








Post a Comment

Previous Post Next Post