7 FAKTA D'TOX AIR LEMON Mungkin Tidak Sesuai Untuk Anda! Tanda-Tanda!!


Lemon Detox, Lemon Water detox, Lemon Juice Detox?  Pesakit Psoriasis Luqman Herbs Centre Perlu ke minum semua ini? Kenapa saya tidak galakkan? Saya ada sebab-sebab yang telah saya "Observe" selama menjadi Perawat Naturopati di Luqman Herbs Centre. Selama saya memberikan satu nasihat yang umum, saya lebih suka pilih "Safe Side" supaya nasihat Naturopati yang saya berikan tidak memudaratkan kesihatan atau memberikan kesan sampingan yang tidak diingini oleh pesakit.

Lemon mempunyai pH Value 2 bermaksud Lemon adalah acidic kepada perut manusia. Ini juga memberikan info bahawa semakin tinggi asiditi semakin tinggi kandungan ion Hydrogen di dalamnya.


1. Perbezaan Lemon Water dan Lemon Juice

Ramai masyarakat Malaysia terlalu khusyuk dengan rawatan Remedial yang boleh dibuat di rumah hanya selepas jatuh sakit. Pernah ke tanya diri sendiri samada remedi yang sering terpapar di media sosial tersebut bersesuaian dengan semua orang? Ya, Remedial yang dilakukan seumpama ini lebih sesuai diamalkan pada tahap permulaan simptom penyakit (Itupun jika pengguna tidak mempunyai Gastrik). Tahukah terdapat perbezaan antara Air Lemon dan Jus Lemon?



2. Agravasi Dosha "Kabha" dalam konsep Ayurveda

Jika seseorang minum air limau, pengguna tersebut tidak boleh mengambil makanan seperti Susu, Susu Masam, Yoghurt, Tomato dan juga timun. Hal ini boleh membawa kepincangan dalam unsur badan "Kabha" iaitu tanah dan air. Hal ini boleh akibatkan kahak, batuk dan selesema. Dalam kes serius, boleh juga akibatkan masalah pernafasan.

3. Gastrik

Samada tujuan nak hilangkan Penyakit kulit mahupun "Kurus", jika anda pesakit Gastrik, Lupakan kaedah ini. Hal ini kerana Lemon yang Asidik dalam Ayurveda turut mempunyai Unsur yang masam juga boleh aggrevate "Api" dalam perut. Secara tidak langsung, ini merujuk kepada Ulser perut. Ulser yang akibat daripada hakisan boleh berlaku di mana-mana bahagian organ penghadaman akibat pH yang sering mengganggu kestabilan asid perut dan laluan penghadaman.


4. Dehydration

Lemon boleh lancarkan penbuangan air kecil. Jika seseorang pesakit hanya minum rumusan ini tanpa minum air yang secukupnya, maka dehydration akan mengambil tempat dalam senarai anda kerana Lemon merupakan "Natural Diuretics". Namun begitu dalam setiap post sosial media, cara penyediaan juga boleh memberi kesan yang berbeza kerana setiap satu sangat berbeza dan mempunyai Dos, Ramuan, cara peminuman, cara penyimpanan dan Indikasi yang berbeza.

5.  Kerancunan Zat Besi

Ya. Keracunan. Bak kata pepatah Orang India Klasik "Alavuku Mirinal Amurthamum Nanju" membawa maksud "jika berlebihan madu jua akan menjadi racun yang membunuh". Vitamin C dalam Lemon boleh merangsang penyerapan iron tumbuhan dalam badan. Jika badan anda sudah mempunyai iron yang mencukupi, ini boleh akibatkan Overdos Zat Besi.


6.  Gusi Gigi Berdarah

Enamel gigi mempunyai pH yang berbeza dengan air lemon. pH Enamel gigi adalah 5.5 yang jauh lebih alkali berbanding dengan air lemon yang asidik. Jika anda kini mempunyai masalah gusi gigi yang tidak utuh dan sering berdarah, maka anda perlulah kurangkan dos minuman rumusan anda. 

7.  Keringkan Kulit Kepala

Minum air lemon yang berlebihan bukan sahaja boleh keringkan kulit kepala, ini juga boleh akibatan kegatalan kulit kepala. Ada juga pengguna yang berkongsi pengalaman mengatakan bahawa rambutnya lebih cepat bertukar kelabu daripada sebelum amalkan minum air lemon secara "berlebihan".





Nak ketahui tentang rawatan yang kami lakukan di Luqman Herbs Centre? Boleh whatsapp Suha jika ada kemusykilan.

Klik Dan membaca Laman Web kami Di
LAMAN WEB RASMI LHC

Whatsapp  Suha untuk pertanyaan lanjut dengan klik di bawah
Whatsapp Me

























Post a Comment

Previous Post Next Post