"Topical Steroid Withdrawal"- Mengapa masyarakat Malaysia masih tidak tahu?

Topical Steroid Withdrawal (TSW): Kisah Benar & Rawatan Alami di Luqman Herbs

Topical Steroid Withdrawal (TSW) atau Red Skin Syndrome (RSS) ialah satu sindrom kulit yang berlaku apabila seseorang terlalu lama menggunakan krim steroid — secara berlebihan atau salah guna — terutamanya untuk masalah kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis.

Kondisi ini jarang diakui dalam dunia perubatan moden di Malaysia, dan belum banyak kajian tempatan yang mengesahkan statistik sebenar penghidap TSW. Namun, berdasarkan pengalaman kami, pesakit TSW semakin meningkat — dan ramai daripadanya tidak mengetahui punca sebenar kerosakan kulit mereka.


Simptom dan Impak TSW

Simptom TSW biasanya bermula dengan:

  • Kemerahan kulit luar biasa
  • Kekeringan dan kegatalan melampau
  • Kulit menjadi sensitif, pedih dan merekah
  • Pemukaan kulit seakan “plastik” atau keras
  • Jangkitan sekunder akibat luka dari garuan

Pada fasa tertentu, ada pesakit melaporkan air bisa yang keluar dari rekahan kulit, kulit berdarah secara kronik, dan akhirnya kehilangan keyakinan diri. Apabila pulih, ramai mengadu kulit mereka sudah tidak sama seperti asal — menjadi kusam, kasar, dan kekal sensitif.

"Saya tak dapat gerak langsung. Kulit tegang sangat sampai nak pejam mata pun tak boleh. Masa tu leher saya tak boleh pusing, dan kulit terasa macam plastik."
– Nurzakwan, Sabak Bernam
Pesakit Psoriasis & TSW, Luqman Herbs Centre

Steroid, Biologikal & Risiko Komplikasi

Dalam pengalaman saya di Luqman Herbs Centre, ramai pesakit psoriasis yang datang setelah mengalami perubahan bentuk penyakit — bukan menjadi lebih baik, tetapi lebih sukar dirawat.

Antara kes yang tidak dapat dilupakan ialah seorang pesakit lelaki India yang mengalami psoriasis kronik. Beliau telah menerima suntikan biologikal HUMIRA, dan selepas beberapa siri rawatan, beliau didiagnosis pula dengan limfoma (kanser darah). Kini beliau beralih kepada rawatan alami — setelah mengalami kesan serius daripada rawatan sintetik.


Kulit rosak akibat steroid

Kita sering meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada rawatan moden tanpa menyedari kesan jangka panjang. Kita diberitahu penyakit tidak dapat dipulihkan, tetapi terus mengambil ubat yang melemahkan sistem badan. Bila dicadangkan rawatan alami, ada pula yang lebih percaya kepada iklan manis produk di media sosial.

Sudah tiba masanya kita bertanya diri sendiri — adakah kita benar-benar memberi peluang untuk tubuh kita pulih secara semula jadi? Adakah kita membuka minda untuk memilih rawatan yang lebih lembut dan sesuai dengan tubuh badan?


Bagaimana Luqman Herbs Membantu Pesakit TSW?

Di Luqman Herbs & Homeopathy Centre, kami mengamalkan pendekatan integratif berasaskan:

  • Homeopati berdaftar (RHom)
  • Herba tradisional tempatan dan Ayurveda
  • Pengalaman generasi turun-temurun sejak era Allahyarham DrN Luqman
  • Tiada penggunaan steroid atau ubat sintetik

Rawatan kami bertumpu pada menguatkan sistem imun, memperbaiki fungsi hati & buah pinggang, dan mempercepatkan pemulihan kulit secara semula jadi.


📲 Dapatkan Nasihat Rawatan

Jika anda atau orang tersayang mengalami kesan TSW, psoriasis atau kulit sensitif selepas bertahun guna krim sapuan — jangan biarkan diri terus menderita.

  • 🌐 Laman Web: LAMAN WEB RASMI LHC
  • 📱 WhatsApp Suha: Klik Sini untuk WhatsApp
  • 📍 Alamat & Hubungi Kami

    Luqman Herbs & Homeopathy Centre
    3A, Jalan 9/2, Taman IKS,
    Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
    Selangor, Malaysia

    📞 No. Pejabat: 03-8928 0715

    “Let nature heal you, not suppress you.” – kerana kulit anda berhak sembuh secara lembut, bukan dilukai berkali-kali.

Post a Comment

0 Comments