Ramai pengguna yang mempunyai kadar uric acid yang tinggi dalam darah sering mencari alternatif dan mengubah amalan gaya hidup untuk mengurangkan kandungan uric asid untuk mencegah keradangan.
Rawatan semula jadi Ayurveda dan Homeopati merangkumi kaedah-kaedah yang holistik tanpa kesan sampingan. Dalam konteks Ayurveda, dikatakan setiap badan manusia dikuasai oleh 3 unsur tenaga iaitu "Vatta, Pitta, dan Kapha". Kepincangan dalam unsur tenaga ini samada terlalu terlalu tinggi atau rendah akan mengakibatkan berlakunya pelbagai jenis masalah kesihatan. Dalam Ayurveda, memahami konsep unsur alam dalam badan kita akan membantu kita dalam pemilihan jenis rawatan dan perubahan amalan gaya hidup.
Ayurveda merupakan salah satu jenis perubatan alami yang telah wujud selama 5000 tahun di muka bumi ini. Dalam perubatan Ayurveda, gout dikenali sebagai "Vatta Rakta". Gout dikatakan berlaku apabile unsur Vatta menjadi tidak seimbang. Rawatan Ayurveda boleh didapati di Luqman Herbs Centre dan anda akan diberikan pantang larang pemakanan ikut rekod perubatan anda yang terkini.
Alopati vs. Ayurveda dalam merawat sakit Gout
Secara umumnya, perubatan Ayurveda menggunakan pendekatan yang sangat menyeluruh yang merangkumi pelbagai jenis pilihan herba dan pengubahan gaya hidup seperti senaman, dan diet seimbang.
Dalam perubatan Alopati pula, ini merangkumi pengubahan diet seperti mengurangkan makanan tenusu, daging dan alkohol atau menyingkirkan semua makanan tersebut sama sekali. Selain itu, pemberian ubatan NSAIDs, corticosteroids, dan colchine juga akan mengurangkan kesakitan dan radang. Ubatan moden untuk mengurangkan kadar asid urik dalam darah. Namun begitu, terdapat kesan-kesan sampingan akibat pengunaan perubatan moden untuk jangka masa yang panjang.
Rawatan Ayurveda untuk Urik Asid
Rawatan Ayurveda untuk Urik Asid yang tinggi dan masalah Gout merangkumi kombinasi herba yang bersesuaian dengan pelanggan kami. Selain itu, masalah-masalah kesihatan yang lain yang juga mungkin menganggu kualiti kehidupan seperti senarai di bawah juga akan dipantau.
-masalah buah pinggang
- kencing manis
-hypothyroidism
-psoriasis
Makanan Yang perlu dikurangkan dapat merawat Gout
1. Hadkan makanan tinggi Purin
Kandungan Asid Urik dalam makanan boleh dihadkan dengan mengambil kira jenis daging, makanan laut, dan beberapa jenis sayur-sayuran. Makanan ini boleh menghasilkan asid urik apabila melalui proses penghadaman.
- Daging Merah
- Organ dalaman
- Ikan
- Seafood bercengkerang
- Ayam, Ayam belanda, Puyuh dan sejenis dengannya.
- Kekacang
2. Elakkan Makanan bergula
3. Minum Air yang mencukupi
4. Elakkan Minuman Keras
5. Amalkan minum kopi
6. Kurangkan berat badan jika obes
7. Kawal kadar gula dalam darah
8. Tambah kandungan fiber dalam makanan
9. Tambah Vitamin C sumber makanan
10. Amalkan makan buah Ceri.