Kenapa kita perlu makan tumbuh-tumbuhan botani secara konsisten?


  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Blog saya. Saya Suha, perawat tradisional dan komplementari Luqman Herbs Centre. Selalu kita melihat pelbagai jenis produk yang mengandungi herba-herba tempatan dan antarabangsa yang dijual di mana-mana sahaja. Kenapa begitu banyak jenis wujud di pasaran? Adakah tumbuh-tumbuhan ini hanya boleh dimakan ketika kita sakit atau tidak sihat sahaja? Bilakah kita boleh pilih dan bagaimana kita boleh amalkan pemakanan tumbuh-tumbuhan botani ini?

  Sebenarnya, amalan ini perlulah dimulakan sebelum kita jatuh sakit. Pencegahan penyakit adalah fungsi utama pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan botani mengikut kesesuaian badan pelanggan. Di manakah kita boleh dapatkan  set herba-herba botani yang segar dan diproses secara tulin? InshaAllah, kami di Luqman Herbs Centre boleh membantu anda.

  Ramai pelanggan kami dapatkan rawatan sokongan Luqman Herbs Centre di samping mengambil rawatan moden. Tiada kesan sampingan ke? Memang tiada kerana kita merawat tubuh badan seseorang itu secara intergratif di mana pelanggan boleh memantau tahap kesihatan melalui ujian darah yang diambil di Pusat Perubatan Moden yang ada di mana-mana sahaja di negara ini.

  Selain daripada itu, tumbuh-tumbuhan yang dianugerahkan kepada umat manusia di dunia ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Ada kalanya, bagi mereka yang mengambil rawatan untuk pelbagai jenis masalah kesihatan yang menganggu kualiti hidup mereka secara bertahun-tahun boleh nampak perubahan positif pada diri mereka dalam masa yang sangat singkat sahaja. 

  Walaubagaimanapun, pilihan perawat tradisional yang wujud dan nyata, jenis rawatan yang berkesan dan tidak memudaratkan juga amatlah penting. Pusat rawatan tradisional dan komplementari di Malaysia kini bagai cendawan selepas hujan, ada di mana-mana sahaja. Namun pastikan pilihan anda sentiasa Luqman Herbs Centre, kerana kami boleh membantu anda secara konsisten untuk anda capai target kesihatan yang anda impikan.

  Di Luqman Herbs Centre, kami mengamalkan ilmu perawatan herba turun-temurun yang diwarisi dari generasi ke generasi. Walaupun Arwah ayah saya Dr Luqman Selva sudah tidak bersama kami di sini, namun ilmu dan rahsia perubatan  yang kami warisi mampu menangani masalah kesihatan anda. InshaAllah.


LUQMAN HERBS CENNTRE ADALAH PUSAT RAWATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Pusat kesihatan kami terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Hubungi:


Tel : 03 89280715 / 012 9160037 (Pusat Rawatan)


KLIK UNTUK WHATSAPP

KLIK UNTUK WHATSAPP

KLIK UNTUK WHATSAPP





0 Comments