Sains Perubatan Alami di Zaman Moden?

Jangan Sombong, Anda masih makan Nasi dan lauk dari Alam bukan Kimia dari Farmasi.

Indahnya Ciptaan Tuhan di muka bumi, apatah lagi indahnya badan manusia yang berupaya pulih sendiri dari segala kepincangan kecuali uzur dan mati.

  Megapakah Perubatan Alami wujud? Mengapakah Perubatan Moden wujud? Biar Blog Suha hari ini membuka mata yang membaca. Setiap suku kaum terutamanya di Malaysia mempunyai asas perubatan alami masing-masing. Dalam konteks ini sebagai contoh, Suku kaun Melayu dengan Perubatan Melayu yang juga merangkumi Perubatan Islam dan alami, Suku kaun Cina yang amalkan perubatan tradisional Cina dan Suku kaum India yang mengamalkan Perubatan Tradisional India, Siddha dan Ayurveda. Kesemua cabang bidang ini tidak timbul secara tiba-tiba. Semua jenis aspek ini dan semua jenis teori dalam pelbagai cabang perubatan tradisional ini telah diguna-pakai selama berkurun lamanya.

  Adakah masyarakat zaman dahulu kejar kekayaan seperti zaman ini? Mungkin Ya dan mungkin tidak. Namun Suha rasakan mereka lebih mengutamakan kesihatan dan adat dalam kehidupan sehingga adat masing-masing dalam kehidupan seharian telah menghindari pelbagai kecelakaan yang juga merupakan pelbagai penyakit pada zaman era besi yang tidak berperikemanusiaan ini. Sebagai contoh, adat bangun awal setiap hari dalam keluarga adalah biasa dalam keluarga India kerana perlu melakukan senaman Yoga di luar rumah yang merangkumi teknik pernafasan yang boleh memanjangkan hayat manusia. Bagaimana saya tahu? Kajian yang telah dilakukan oleh SAINS MODEN ke atas SAINS KUNO telah membuktikan teknik pernafasan Pranayama yang mengagumkan efeknya.


  SAINS KUNO turut diberi gelaran Pseudoscience, di mana ini bermaksud SAINS yang tidak dapat dibuktikan kesahihanya dan BUKAN SAINS YANG TIDAK TEPAT. Jika kita amati konsep Sains, maka mereka yang terpelajar dalam kajian akan akui bahawa " Science can be right today and wrong tomorrow" kerana titik permulaan sebuah kajian adalah berdasarkan andaian(Hypothesis) yang perlu dikaji samada benar atau tidak.
   Mengapakah ramai pengkaji dan doktor barat tidak menerima konsep rawatan tradisional? Bukan kerana ianya tidak berkesan, hal ini kerana mereka bukan daripada bidang ini. Seperti mana seorang pengamal tradisional tidak boleh memberi preskripsi perubatan moden tanpa kelulusan kedoktoran, seperti itu juga tidak boleh seseorang doktor barat melangkah masuk ke bidang tradisional dengan pengetahuan Kimia Moden. Apakah kaitannya di sini?

  Manusia memang terkenal dengan perangainya yang alpa. Kita lupa. Kita abaikan kerana ianya tidak berkaitan. Kita tidak kisah jika sesuatu kejadian itu tidak membawa apa-apa faedah kepada kita. Kita tidak peduli tentang alam yang tercemar. Kita tidak peduli tentang kemerosotan kualiti udara dan air. Kita tidak kisah jika ada binatang hampir pupus itu akhirnya pupus. Kita tidak kisah jika lautan dibanjiri sampah-sarap sehingga mati kehidupan laut . Kita tidak kisah kerana kita tidak merasakan efeknya secara langsung ke atas kita. Bagi Suha, sikap "tidak kisah" yang telah kita amalkan inilah yang telah tikam belakang "Perubatan Alami" di Malaysia ini.


  NDr Luqman Selva Bin Abdullah yang telah mengasaskan Luqman Herbs Centre di Bandar Baru Bangi, Malaysia yang sebelum ini terkenal di Balik Pulau dengan namanya Balik Pulau Selva Vaidyar telah masuk islam ketika umur saya cecah 12 tahun. Oleh itu, influensi agama Islam dalam diri saya sangatlah tinggi sehinggakan saya minat membaca tentang agama Islam dan cerita para sahabat nabi. Apa yang Suha fahami dalam konteks Islam juga hampir serupa dalam Ayurveda. Niat itu penting dan jangan lalok dengan kecanggihan peralatan dan persembahan yang dilakukan atas kesihatan anada. Semua manusia yang lahir ke muka bumi ini akan mati dan satu-satunya yang pasti adalah MATI. Apakah yang membezakan kematian seseorang itu dari yang lain adalah kualiti kesihatan dan tahap pencapaian apabila kita sudah tiada nanti.

  Bidang yang paling mencabar di Malaysia adalah bidang perubatan tradisional dan komplementari kerana sering dikecam tanpa usul periksa. Mungkin juga boleh menyalahkan Produk-produk kononya tradisional tetapi kandungan gula dalamnya 60%. Mungkin juga boleh menyalahkan Duta-duta produk kesihatan alami yang menjanjikan benda-benda yang tidak dapat dicapai dengan hanya minum jus atau kapsul sahaja. Tidak mengapa, Tuhan ada. Jawablah nanti di pintu . Silap-silap jalan pun tidak jumpa. Amat menyakitkan hati wahai manusia alpa.
 













Post a Comment

Previous Post Next Post