Soalan Hangat Pesakit Psoriasis & Penjelasan Luqman Herbs & Homeopathy Centre

10 Soalan GEMPAK Pesakit Tentang Rawatan Psoriasis di Luqman Herbs Centre

Soalan-soalan ini sering diajukan kepada Suha melalui WhatsApp. Jadi, berikut adalah 10 soalan paling popular yang pernah ditanya oleh pengunjung kami:

1. Adakah Luqman Herbs Centre memberikan jaminan penyembuhan kepada penyakit psoriasis 100%?

Herbs

Jawapan Suha: Sebagai pengamal, tugas kami adalah membantu menyokong proses penyembuhan tubuh. Selebihnya, kami serahkan kepada kuasa penyembuhan semula jadi yang diizinkan oleh-Nya.

2. Siapa sebenarnya NDr Luqman?

Jawapan Suha: Allahyarham NDr Luqman merupakan pengasas Luqman Herbs Centre, berasal dari keluarga pewaris ilmu perubatan tradisional dari Ramnad, India. Gelaran “NDr” merujuk kepada Naturopathic Doctor, namun beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2022. Kini legasi beliau diteruskan oleh saya, Suha Seri, anakanda beliau sendiri.

3. Apa yang digunakan dalam merawat pesakit di Luqman Herbs Centre?

Jawapan Suha: Gabungan Ubat Homeopati dan herba tradisional, disesuaikan secara individu mengikut kondisi pesakit.

4. Secara spesifik, apakah herba yang digunakan untuk merawat Psoriasis?

Herba

Jawapan Suha: Itu adalah formula dalaman kami. Seperti resepi rahsia sesebuah restoran terkenal, ramuan kami juga merupakan formulasi khas yang tidak dikongsikan secara umum. Namun, yang penting – ianya telah digunakan dengan izin Allah untuk membantu ramai pesakit kami sejak sekian lama.

5. Saya dah makan ubat herba 1 bulan tapi tak nampak kesan. Betul ke berkesan?

Jawapan Suha: Penyakit yang telah lama bertapak memerlukan masa untuk sembuh. Kami syorkan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan rawatan konsisten untuk melihat perubahan yang ketara.

6. Saya masih sapu steroid, boleh ke ambil rawatan Luqman Herbs?

Jawapan Suha: Boleh, tetapi proses pemulihan mungkin lebih perlahan. Kami galakkan pesakit menjalani ujian fungsi hati (Liver Function Test) dan berbincang dengan kami dahulu sebelum mula berhenti atau tukar rawatan secara mendadak.

7. Kenapa rawatan di Luqman Herbs Centre mahal?

Jawapan Suha: Rawatan kami bukan produk kilang. Ia dirumus khas untuk setiap pesakit. Berbanding kos rawatan hospital atau luar negara, harga kami lebih mampu milik dan bersesuaian dengan kualiti.

8. Adakah Luqman Herbs Centre berdaftar dengan KKM?

Jawapan Suha: Ya. Kami berdaftar di bawah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami mengikuti garis panduan pengamal sah yang ditetapkan.

9. Ayurveda ini dari India. Orang Islam boleh makan ke?

Ayurveda halal

Jawapan Suha: Ya, boleh. Saya Mualaf dan setiap bahan yang digunakan adalah dari sumber halal dan bersih. Tidak ada unsur syubhah dalam formulasi kami.

10. Siapa yang rawat sekarang di Luqman Herbs Centre?

Jawapan Suha: Saya sendiri – RHom Suha Seri. Saya berkelulusan BHMS (Bachelor of Homeopathic Medical Sciences, University of Cyberjaya), serta memiliki SKM Urutan Melayu dan SKM Panchakarma Ayurveda. Saya juga berdaftar sebagai pengamal PT&K di bawah KKM dan meneruskan usaha arwah ayahanda, Allahyarham NDr Luqman.Selain saya, adik saya RHom.Subhadra juga merupakan Graduan BHMS, University of Cyberjaya yang giat merawat pesakit.


📞 Hubungi Kami:
03-8928 0715
Alamat: 3A, Jalan 9/2, Taman IKS, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

🌐 Laman Web Rasmi Luqman Herbs Centre

📱 Whatsapp Suha Sekarang

Post a Comment

0 Comments